Ni Mat Rempit La..Pe nak Jadi...
RakyatMalaysia memang pandai bagi nama gelaran. Dulu kaki lumba haram, then bohjan motor dan sekarang Mat Rempit. Aku rasa Mat Rempit adalah nama paling catchy kita pernah bagi kepada mereka.
Rakyat
Sejak malam tahun baru lagi aku dah angin dengan mat-mat motor kurang sel otak ini. Aku juga dulu pernah pakai motor, tapi aku golongan yang baik-baik. Facts that aku memang penakut membuatkan aku tak berani join mana-mana geng motor. Family aku juga didik aku secukupnya, so officially aku tidak layak jadi Mat Rempit. Sememangnya criteria utama untuk jadi Mat Rempit adalah menonjolkan ciri-ciri kekurangan ajaran.
Malam tahun baru mereka buat free show berdekatan dengan konsert amal kononnya anjuran TV3 di Stadium Shah Alam, lepas habis pertunjukan bunga api mereka pula kelam kabut nak balik. Keadaan yang sepatutnya tenang dan teratur menjadi havoc dan jammed. Bodoh betul. Semua berpusu-pusu nak tinggalkan kawasan stadium. Aku confuse, kenapa mereka tergesa-gesa? Aku balik awal even sebelum letupan bungan api terakhir sebab aku ingin elak kesesakan lalulintas, tapi mereka semua naik motor. Apa risau pasal jammed. Akhirnya beratus-ratus motor berbaris atas jalan raya dan menjadi penyebab lalulintas terhenti. Even police bertugas pun pening kepala nak bagi arahan kepada mereka.
Satu lagi sifat kaki motor bodoh adalah mereka mahu pemandu lain yang menjaga keselamatan mereka. Mereka masuk simpang sesuka hati, pintas kenderaan lain macam tengah race di litar, mencelah umpama motor mereka flexible macam getah dan macam-macam lagi. Mereka tidak sayang nyawa, kita pula disuruh berhati-hati. Sakit betul hati aku. Jika mereka berjaya mencelah atau melakukan aksi-aksi bodoh berhampiran kita, mereka akan rasa bangga. Konon-kononnya mereka handal. Pada hakikatnya keperihatinan pemandu lain yang selalunya membuatkan mereka berjaya melakukan aksi bangang tersebut. Mereka terasa seperti Wayne Rainey, Eddie Lawson atau Michael Doohan. Sorry, aku tidak kenal pelumba zaman sekarang. Siapa nak tengok Motor GP lagi lepas ada F1 di Malaysia, kan ?
Sudah lah mereka mahu kita jaga keselamatan mereka, ada pula sesetengah kaki motor yang marah jika ditegur. I know, who care about them to stop and give them advise. Tegur disini maksud aku jika kita hon mereka.